awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iklan D'Herbs: "Saya sedia terima teguran Nik Abduh tapi..." - Aliff

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
17/01/2017
14:42 MYT
Iklan D'Herbs: "Saya sedia terima teguran Nik Abduh tapi..." - Aliff
ALIFF: Saya agak terkilan apabila mendapat beberapa respon dan persepsi negatif daripada masyarakat umumnya. - Foto Instagram / @aliffsyukriterlajaklaris
Jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri hari ini membalas teguran terbuka Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung iklan-iklan D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D'Herbs) miliknya.
Walaupun terkejut, Aliff berkata dia sedia menerima teguran dan tidak ada masalah dengan nasihat yang telah diberikan.
"Saya akui saya memang tidak ada masalah di atas nasihat yang telah diberikan.
"Cuma saya agak terkilan apabila mendapat beberapa respon dan persepsi negatif daripada masyarakat umumnya," katanya dalam satu kapsyen gambar di akaun rasmi Instagramnya pada petang Selasa.
Saya sedia terima teguran tapi… Agak terkejut juga saya bila timbul isu berkenaan iklan yang dikeluarkan untuk akhbar Lebih- lebih lagi perkara tersebut ditegur secara terbuka oleh Tuan Nik Mohamad Abduh di laman Facebook beliau. . . Pertama sekali, saya amat berterima kasih di atas teguran yang diberikan kerana teguran tersebut amat berilmiah dan siapalah saya untuk menandingi ilmu agama yang ada pada beliau. Saya akui saya memang tidak ada masalah di atas nasihat yang telah diberikan cuma saya agak terkilan apabila mendapat beberapa respon dan persepsi negatif daripada masyarakat umumnya. . . Apapun terima kasih atas teguran beliau dan juga semua yang memberi nasihat,Insya Allah mudahan Allah memberkati anda semua di atas nasihat2 yg baik. . Hadis dari Imam Syafie ada mengatakan "Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi- sembunyi, maka dia benar- benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu". . Urusan keberkatan rezeki itu milik Allah dan dengan rezeki dari D'herbs, serba sedikit dapat membantu sesama ummah.
A photo posted by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Jan 17, 2017 at 1:10am PST
Ahad lalu, Nik Abduh menegur Aliff menerusi satu status Facebook berhubung iklan D'Herbs yang dipaparkan di akhbar tempatan.
Katanya, Aliff merupakan seorang individu yang memang 'terlajak' baik dan mesra.
"Namun, atas tanggungjawab sebagai seorang Muslim sesama saudara Muslimnya, ingin saya menasihati dan menegur Aliff secara terbuka di sini (Facebook) agar menapis iklan-iklan oleh syarikat perniagaan beliau agar lebih mematuhi syariat agama.
"Galakan iklan dalam mendedahkan aurat wanita adalah perilaku jahiliyah dan dilarang agama.
"Allah tidak akan memberkati rezeki itu bahkan mungkin saja melimpahkannya tetapi nantinya berhujung dan putus samada di dunia lagi atau di pintu kubur tanpa sambungan lagi di alam akhirat," katanya.
Dalam pada itu, Aliff di bahagian akhir kapsyen gambarnya berkata, urusan keberkatan rezeki itu milik Allah.
"Dengan rezeki dari D'Herbs, serba sedikit dapat membantu sesama ummah," jelasnya.
Sementara itu, ada dalam kalangan pengguna media sosial berpendapat biarpun pahit, namun teguran itu diperlukan untuk kepentingan agama. Beberapa pengguna yang menyifatkan teguran Nik Mohamad Abduh sebagai satu langkah untuk menjaga kepentingan agama.
Beberapa pengguna yang menyifatkan teguran Nik Mohamad Abduh sebagai satu langkah untuk menjaga kepentingan agama.
Aliff merupakan antara pengasas produk kosmetik paling muda di negara ini.
Sebelum ini, D'Herbs terkenal kerana menaja program realiti nyanyian terbitan Astro, Gempak Superstar, yang memulakan siarannya April lepas.
Topic Berkaitan
#Aliff Syukri
#D'Herbs
#Nik Mohamad Abduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan