awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Valet Doa: Doa bukan untuk dijual beli

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/02/2017
05:54 MYT
Isu Valet Doa: Doa bukan untuk dijual beli
Doa tidak memerlukan sebarang perantara, apa lagi mengupah orang untuk berdoa. - Gambar fail
SUSULAN sebuah laman Facebook yang tular kerana menyediakan perkhidmatan kiriman doa, beberapa cendekiawan agama mula bersuara untuk memberikan pandangan.
Antaranya seorang penceramah bebas, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary, yang memuat naik status ke akaun Facebooknya.
Tidak hanya mendengar berita yang ditularkan, sebaliknya Abu Syafiq sendiri menghubungi pengasas Valet Doa, Nasrin Harin.
Menerusi statusnya, Abu Syafiq berkata dia mengesan banyak perkara yang tidak kena dengan pakej perkhidmatan itu.
Antaranya adalah apabila pakej yang ditawarkan menyebut 'confirm cepat makbul', sekali gus bercanggah dengan prinsip akidah.
Doa, kata Abu Syafiq, bukan satu perkara yang boleh dijual beli dan menggalakkan masyarakat ke arah itu adalah bertentangan dengan ajaran agama.
Turut berkongsi pendapat adalah Pencetus Ummah (PU) Rahmat, yang mengingatkan orang ramai bahawa doa tidak memerlukan sebarang perantara.
Semua umat Islam bebas berdoa dan meminta daripada Allah SWT, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Tambah PU Rahmat, manusia cepat menjatuhkan penilaian doa mereka tidak dimakbulkan atau lambat ditunaikan, sedangkan Allah memberi dan memakbulkan doa pada masa yang tepat.
"Doalah sepenuh hati dengan keyakinan bahawa Allah Maha Memiliki Segalanya akan memakbulkan permintaan kita," tulisnya.
Topic Berkaitan
#kirim doa
#Mekah
#Tanah Suci
#Tular
#Valet Doa
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan