awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jual kosmetik dapat Mercedez-Benz

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2019
05:02 MYT
Jual kosmetik dapat Mercedez-Benz
Meeracle merupakan jenama pertama di Asia yang memperkenalkan produk kecantikan kulit yang berasaskan formula berinovasikan batu permata.
SELEPAS mencipta nama dalam dunia kosmetik dan penjagaan kulit, produk jenama Meeracle baru-baru ini mengadakan malam gala tahunan 2018 bagi menghargai pengedar mereka dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Bertemakan Oscar, Meeracle pada malam bersejarah itu memberikan ganjaran kepada empat master stokis yang berjaya melepasi sasaran jualan, yang mana Siti Azlina Md Halil dinobatkan sebagai “Miss Meeracle 2018”. Menurut kenyataan media, gelaran tersebut merupakan penghargaan tertinggi untuk master stokis yang telah mencatat jualan yang paling tinggi sepanjang tahun 2018. Lebih menarik, Meeracle menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Mercedez-Benz kepada ejen terbaik. “Pada malam itu, Meeracle turut melancarkan produk kosmetik iaitu MEERACLE FACE dan penanggal mekap iaitu MEERACLE LUXURY CLEANSING MILK,” kata syarikat pengeluar jenama berkenaan. Malam gala tahunan itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis terkenal tanah air, Hael Husaini dan De Fam. Meeracle merupakan jenama pertama di Asia yang memperkenalkan produk kecantikan kulit yang berasaskan formula berinovasikan batu permata dengan menggunakan ekstrak berlian, rubi dan mutiara. Produk Meeracle ini boleh didapati melalui stokis yang berdaftar dengan harga berpatutan iaitu serum sebanyak RM79 dan Cleanser RM49. Syarikat pengeluar Meeracle juga bakal mengetengahkan lebih banyak inovasi pada tahun ini untuk bersaing dengan jenama antarabangsa lain.
Topic Berkaitan
#Kosmetik dan Kecantikan
#Malam Gala Tahunan
#Meeracle
#Mercedez-Benz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan