awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Disney rancang buang 1,000 pekerja – Laporan
Gencatan senjata AS-Iran bukti Trump sedar perang tidak memihak kepadanya - Penganalisis
Perkukuh keupayaan diri demi hadapi dunia semakin mencabar – Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecoh kisah anak luar nikah tidak boleh dinikahi, ini penjelasan PU Azman

Gempak
Gempak
26/08/2018
08:00 MYT
Kecoh kisah anak luar nikah tidak boleh dinikahi, ini penjelasan PU Azman
PU Azman jawab isu terbaru berkaitan hukum menikahi anak luar nikah. - Astro Gemp[ak
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu status tentang anak luar nikah yang tidak boleh dinikahi oleh mana-mana lelaki dan perempuan berpegang kuat pada agama.
Menerusi entri di Instagram (IG), Pencetus Ummah (PU) Azman, tampil membidas kenyataan yang menjadi tular di media sosial sehingga menyebabkan perbalahan diantara netizen.
"Baru-baru ini viral satu kenyataan sangat karut tentang anak zina.
"Kenyataan yang sangat jauh dari rahmat Islam. Memberi gambaran buruk kepada nilai kemanusiaan. Tidak berdosa seseorang anak yang lahir daripada hasil zina.
"Anak zina jika dididik dengan baik, maka dia juga adalah insan yang sama dengan insan lain. Yang berdosa hanyalah kedua-dua orang tuanya yang berzina.
A post shared by PUman (@pu_azman) on
Aug 23, 2018 at 8:54pm PDT
"Bahkan kedua-dua orang tuanya kalau sungguh bertaubat, maka Allah mengampuni dosa mereka. Rahmat Allah sangat luas," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh PU Azman dan berharap orang ramai tidak mengikut atau percaya dengan kenyataan karut yang tular di media sosial.
Topic Berkaitan
#agama
#anak luar nikah
#hukum
#Islam
#netizen
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan