awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KFC AS buat rekaan baharu restoran, sesuaikan dengan era pandemik

Agensi
Agensi
22/11/2020
04:30 MYT
KFC AS buat rekaan baharu restoran, sesuaikan dengan era pandemik
Rekaan terbaharu itu memberi fokus kepada pandu lalu dan menghadkan interaksi secara bersemuka. - Gambar fail
NEW YORK:Rangkaian Kentucky Fried Chicken (KFC) di Amerika Syarikat (AS) akan membuat rekaan semula restorannya bagi disesuaikan dengan era pandemik COVID-19.
Rekaan terbaharu itu memberi fokus kepada perkhidmatan pandu lalu dan menghadkan interaksi secara bersemuka.
Dua rekaan baharu itu menekankan fakta bahawa kebiasaan pelanggan kini beralih ke arah penghantaran ke rumah berbanding makan di restoran.
Ia satu trend yang sudah bermula sebelum pandemik, tetapi situasi kini mempercepatkan peralihan itu, sekaligus memerlukan rekaan baharu yang lebih bersesuaian.
Reka bentuk kedai KFC yang sedia ada, dikenali sebagai "American Showman," akan dihentikan secara berperingkat.
Rekaan pertama mengenepikan corak ruang makan tradisional, yang sangat sesuai untuk dibina di kawasan bandar atau berkepadatan tinggi.
Reka bentuk kedua pula mempunyai dua jalan masuk, dengan satu lorong khusus untuk pengambilan pesanan menggunakan telefon pintar.
Rekaan ini juga merangkumi ruang tempat duduk di bahagian luar restoran yang dipanggil "Colonel's Porch" dan ruang makan di bahagian dalam yang lebih kecil daripada susun atur restoran KFC ketika ini.
Beberapa cawangan akan mempunyai tempat letak kereta khusus untuk pelanggan yang memesan dari aplikasi KFC atau aplikasi pihak ketiga, serta ruang yang dikhaskan untuk pemandu perkhidmatan penghantaran.
Reka bentuk terbaharu itu akan dilancarkan di tiga lokasi di AS tahun depan, iaitu West Palm Beach, Indianapolis dan Kentucky.
Selain KFC, beberapa restoran lain di AS turut membuat pembaharuan dalam reka bentuk bagi memenuhi norma baharu selepas pandemik, antaranya Chipotle, Starbucks dan Taco Bell.

*Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#Kentucky Fried Chicken
#KFC
#pandemik
#COVID-19
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan