awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lain daripada yang lain, TV 'boleh gulung' akhirnya dipasarkan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/11/2020
10:54 MYT
Lain daripada yang lain, TV 'boleh gulung' akhirnya dipasarkan
TV berukuran 65-inci itu kini boleh didapati di tujuh buah kedai elektronik di Korea Selatan pada harga kira-kira RM362,000. - Gambar/YouTube LG Global
KITA biasa mendengar perkataan televisyen pintar atau smart TV. Namun syarikat elektronik terkemuka Korea Selatan, LG, ada idea yang lebih ke hadapan.
LG telah melancarkan televisyen gulung (rollable television) pertama di dunia, namun dalam bilangan yang terhad di Korea Selatan.
LG Signature OLED R berukuran 65-inci itu kini boleh didapati di tujuh buah kedai elektronik di seluruh negara itu dan berharga 100 juta won, atau kira-kira RM362,000.
Skrin televisyen berkenaan boleh 'digulung' dan disembunyikan apabila dimatikan. Ia juga boleh dinaikkan separuh untuk berfungsi sebagai dash board.
"Rekaan terbaharu kami akan memberi kebebasan kepada pengguna untuk tidak lagi terhad dengan keterbatasan dinding, sekali gus membolehkan mereka menyusun dekorasi kediaman tanpa perlu mengasingkan satu ruang untuk skrin hitam besar yang hanya berguna ketika dihidupkan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
TV ini kali pertama dipaparkan kepada umum sebagai prototaip pada 2018. Namun, ia hanya mula dijual tahun ini kerana kesukaran mencari pasaran yang sesuai.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, personaliti, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#televisyen
#Korea Selatan
#tv
#televisyen pintar
#lg
#Smart TV
#rollable TV
#shm
#weekender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan