awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makanan tradisi kaum Melanau Sarawak, Sagu Tian dikhuatiri pupus

Tan Su Lin
Tan Su Lin
03/05/2016
04:30 MYT
Makanan tradisi kaum Melanau Sarawak, Sagu Tian dikhuatiri pupus
Kos permulaan yang tinggi selain melibatkan proses pembuatan yang begitu rumit makanan tradisi ini. - Foto Astro AWANI / Tan Su lin
Berikutan kurangnya minat golongan muda dalam perusahaan Sagu Tian, makanan tradisi kaum Melanau di Kampung Tian, Sarawak itu dibimbangi semakin pupus.
Antaranya disebabkan kos permulaan yang tinggi selain melibatkan proses pembuatan yang begitu rumit, kini hanya segelintir masyarakat yang masih mengekalkan tradisi turun temurun itu.
Setiap hujung minggu, Salinah Sah bersama keluarganya turun ke pasar tani di Tian, Matu untuk menjual hasil-hasil makanan tradisi.
Antaranya ialah Sagu Tian yang hanya boleh didapati di kampung ini.
"Sago (sagu) ini boleh makan dengan ikan, kacang, kuah kacang, minum dengan air kopi memang sedap," kata Salinah yang telah menjual makanan tradisi itu sejak empat tahun lalu.
kos menjual makanan ruji itu dikatakan semakin meningkat berikutan kesukaran untuk memproses sagu berkenaan.
Menurut Salinah kos menjual makanan ruji itu dikatakan semakin meningkat berikutan kesukaran untuk memproses sagu berkenaan. - Foto Astro AWANI / Tan Su Lin
Bagaimanapun menurutnya, kos menjual makanan ruji itu dikatakan semakin meningkat berikutan kesukaran untuk memproses sagu berkenaan.
"Dulu murah RM55 satu tin. Sekarang sudah meningkat kepada RM85 satu tin sebab kos memproses sagu susah sikit. Ia memerlukan kos permulaan untuk kita tebang pokok rumbia itu, selepas itu proses sagu juga susah.
"Lagipun susah cari sagu sekarang tidak macam dulu. Dulu senang kita cari sagu, sekarang kalau tak tempah, memang kita tidak akan dapat sagu," katanya.
Kurang minat golongan muda dalam mengusahakan Sagu Tian, Salinah bimbang makanan tradisi itu semakin pupus dan hanya diketahui oleh generasi lama di kampung.
"Zaman sekarang tidak macam dahulu. Zaman sekarang semua orang tua saja yang buat. Dahulu tidak, dulu anak-anak muda, remaja akan tolong emak buat sagu. Sekarang tidak ada, mereka sudah berpindah ke bandar semua," katanya.

*Tan Su Lin adalah wartawan Astro AWANI yang kini dalam tugasan membuat liputan PRN Sarawak. Untuk kisah-kisah menarik seperti makanan tradisi Sagu Tian ini dan liputan menyeluruh Sarawak Memilih, ikuti kami di saluran berita segenap dimensi 501 Astro AWANI atau layari sahaja astroawani.com
Topic Berkaitan
#Melanau
#pilihan raya Sarawak
#PRN-11
#Sago
#Sagu
#sarawak2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan