awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manja dibelai 'abang polis', aksi 'Si Putih' jadi tumpuan warganet

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2021
12:59 MYT
Manja dibelai 'abang polis', aksi 'Si Putih' jadi tumpuan warganet
Kandungan itu dikongsi akaun Facebook, Polis Diraja Malaysia yang turut mendapat ribuan reaksi dan lebih 500 perkongsian. - Sumber foto FB PDRM
KUALA LUMPUR: Tumpuan rakyat Malaysia kini terarah ke Istana Negara selepas tempoh penyerahan akuan bersumpah (SD) sokongan terhadap calon Perdana Menteri baharu tamat jam 4 petang tadi.
Disebalik keluar masuk individu di Istana Negara, seekor kucing 'Si Putih' mencuri tumpuan warga media sosial.
Gelagat 'Si Putih' itu dilihat manja dibelai anggota polis yang mengawal di Pintu 2, Istana Negara kini tular di media sosial.
Klip berdurasi 64 saat itu merupakan sedutan daripada visual langsung yang disiarkan di media sosial Astro AWANI.
Kandungan itu dikongsi akaun Facebook, Polis Diraja Malaysia yang turut mendapat ribuan reaksi dan lebih 500 perkongsian.
"Dalam klip tersebut, Si Putih nampaknya langsung tidak takut dengan 'abang polis' malah dengan berani mendekati beliau sambil menunjukkan aksi comel dan manjanya.
"Hai lah Putihhhh ... janganlah comel sangat. Susah kami nak buat kerja kalau macam ini," memetik perkongsian di Facebook itu.
Sumber Facebook pdrmsiaofficial
Topic Berkaitan
#aksi kucing
#Istana Negara
#Polis Diraja Malaysia
#Perdana Menteri
#pintu Istana Negara
#kawal Istana Negara
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan