awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nenek Jerman berusia 80 tahun jadi bintang kecergasan TikTok

Agensi
Agensi
27/02/2021
02:49 MYT
Nenek Jerman berusia 80 tahun jadi bintang kecergasan TikTok
Rischko telah memuat naik lebih daripada 100 video dirinya melakukan latihan seperti plank dan pull-up, serta menari untuk mendorong orang lain tetap aktif semasa perintah berkurung. - Foto REUTERS
BERLIN: Siapa sangka, dengan video tarian berdurasi 12 saat dalam TikTok, seorang nenek berusia 81 tahun di Jerman kini menjadi sensasi internet.
Ketika kebanyakan warga Jerman 'dikurung' kerana COVID-19 pada musim bunga lepas, Erika Rischko menyiarkan video pertamanya dalam saluran media sosial tersebut, tarian Cha-Cha Slide, bersama suaminya.
Bermula dari video tesebut, Rischko kini telah memuat naik lebih daripada 100 video dirinya melakukan latihan seperti plank dan pull-up, serta menari untuk mendorong orang lain tetap aktif semasa perintah berkurung.
"Bergerak dan lakukan sesuatu! Jangan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa. Itu yang paling buruk," katanya kepada Reuters.
Sehingga kini, jumlah pengikutnya melebihi 125,000 orang dan videonya mendapat lebih daripada dua juta tanda suka di aplikasi TikTok, yang sangat popular dalam kalangan remaja dan terkenal dengan rutin menari dan cabaran viral.
Dalam beberapa klipnya yang dirakam oleh anak perempuannya, dia berlatih secara sendiri malah menyertai cabaran kecergasan yang ditetapkan oleh mereka yang berpuluh tahun lebih muda daripadanya.
Dalam video lain, Rischko dan suaminya, yang ditemui dalam acara menari tahun lalu, turut melakukan rutin tarian.
Rischko mengatakan bahawa dia sangat bersemangat apabila membaca komen daripada orang muda di dalam aplikasi itu, yang kebanyakannya memuji warga emas berkenaan.
"Saya sangat gembira. Saya tidak pernah rasa yakin seperti sekarang," katanya.
Kalau nenek berusia 81 tahun boleh mengamalkan gaya hidup aktif, apa pula alasan kita?

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#erika rischko
#TikTok
#tarian
#cabaran
#kesihatan
#video
#warga emas
#Jerman
#perintah berkurung
#COVID-19
#santai hujung minggu
#media sosial
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan