awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengunaan produk tembakau berperisa meningkat - Kajian

Reuters
Reuters
08/01/2019
00:56 MYT
Pengunaan produk tembakau berperisa meningkat - Kajian
Apabila e-cecair yang digunakan tidak mengandungi nikotin, paru-paru pengguna terdedah kepada bahan kimia berperisa. - Gambar hiasan
PENGGUNAAN rokok elektronik (e-rokok) yang meningkat dikalangan warga belia Amerika Syarikat didapati berkait rapat dengan penggunaan produk tembakau berperisa.
Menurut satu kajian, penggunaan tembakau secara keseluruhan di kalangan pelajar sekolah pula menurun dari 17.3 peratus pada 2014 kepada 13.6 peratus pada 2017.
Namun ini berbeza dengan penggunaan produk tembakau berperisa.
"Penggunaan tembakau secara keseluruhan telah menurun namun permintaan e-rokok berperisa terus meningkat," kata Hongying Dai dari Universiti Pusat Kesihatan Nebraska di Omaha.
Tambahnya semua produk tembakau adalah berbahaya kepada remaja.
Syarikat tembakau besar di Amerika Syarikat kini menyumbang kepada pembangunan e-rokok.
Peranti yang dikuasakan oleh bateri ini mempunyai alat memanas yang menukar nikotin dan perisa cecair kepada kepulan asap yang dihidu oleh pengguna.
Apabila e-cecair yang digunakan tidak mengandungi nikotin, paru-paru pengguna terdedah kepada bahan kimia berperisa.
Walaupun kebanyakan perisa yang digunakan selamat untuk dimakan, beberapa kajian sebelum ini menunjukkan asap daripada bahan kimia yang terkandung dalam perisa tersebut boleh menyebabkan kerosakan pada paru-paru, saluran darah dan jantung.
Kajian tersebut melibatkan hampir 80,000 peserta dari 2014 hingga 2017.
Topic Berkaitan
#E-rokok
#Kajian
#perisa
#rokok
#tembakau
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan