awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha restoran disaran tingkatkan mutu perkhidmatan bagi tarik pelancong

Bernama
Bernama
14/06/2016
00:29 MYT
Pengusaha restoran disaran tingkatkan mutu perkhidmatan bagi tarik pelancong
layanan berkualiti di tempat penyediaan makanan dan minuman mampu menambat hati pelanggan. - fotoBERNAMA/Fail
Industri makanan dan minuman (F&B) merupakan antara tiga komponen utama menarik kedatangan pelancong ke negara ini, kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohamad Taiyab.
Justeru, beliau menyarankan pengusaha restoran supaya sentiasa mengutamakan layanan berkualiti, kebersihan premis dan kualiti sajian yang disediakan.
"Tiga faktor dalam perkhidmatan F&B ini akan menggalakkan pelancong untuk berbelanja lebih dan ini akan menyumbang kepada ekonomi negara," katanya pada majlis berbuka puasa Tourism Malaysia di Restoran Unique Seafood PJ23, dekat sini, pada Isnin.
Beliau berkata tiga komponen utama perbelanjaan pelancong di Malaysia ialah beli-belah iaitu 31.3 peratus, penginapan (25.4 peratus) dan 13.4 peratus dalam F&B.
"Tahun lepas, pelancong membelanjakan sejumah RM9.3 bilion untuk makanan dan minuman daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan RM69.1 bilion," katanya.
Sejumlah 30 pemain industri pelancongan menyertai majlis berbuka puasa itu.
Topic Berkaitan
#makanan
#minuman
#Mirza Mohamad Taiyab
#pelancongan
#perkhidmatan makanan
#restoran
#Tourism Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan