awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah Kawalan Pergerakan: 5 tip untuk sentiasa berhubung jika terpaksa bekerja dari rumah

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
18/03/2020
13:13 MYT
Perintah Kawalan Pergerakan: 5 tip untuk sentiasa berhubung jika terpaksa bekerja dari rumah
Perintah Kawalan Pergerakan tersebut akan dijalankan selama 14 hari, bermula dari 18 Mac 2020 (Rabu) sehingga 31 Mac 2020 (Selasa) dan ia dikuatkuasakan di seluruh negara. -Gambar fail
KERAJAAN telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada Isnin sebagai langkah bagi pencegahan penularan wabak COVID-19.
Perintah Kawalan Pergerakan tersebut akan dijalankan selama 14 hari, bermula dari 18 Mac 2020 (Rabu) sehingga 31 Mac 2020 (Selasa) dan ia dikuatkuasakan di seluruh negara.
Perintah tersebut dibuat selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 dan ia turut termasuk dengan penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
Namun, timbul persoalan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam kalangan masyarakat khususnya kepada mereka yang diminta bekerja dari rumah.
Berikut kami kongsikan, lima tip untuk sentiasa berhubung jika anda diminta bekerja dari rumah.
1. KEKAL BERHUBUNG
Pastikan anda berhubung dengan rakan sekerja sepanjang masa bekerja. Hubungi mereka menggunakan telefon atau pesanan ringkas kepada rakan sekerja sama seperti anda berada di sebelah mereka. Buat ‘group Whatsapp’ jika perlu.
2. SENTIASA PEKA
Tidak dinafikan bekerja dari rumah akan menyukarkan komunikasi atau perbincangan. Pastikan anda tidak ‘mute’ telefon atau terlalu leka dengan kerja. Ia boleh menyebabkan komunikasi antara rakan sekerja terabai. Pastikan anda jelas dengan arahan yang diberikan serta beri maklum balas terhadap setiap pertanyaan dari rakan sekerja anda.
3. BERI RUANG UNTUK PERTANYAAN
Kadangkala perbualan menerusi ‘virtual’ agak sukar didengari. Pastikan anda beri ruang kepada rakan sekerja anda untuk bertanya dan memberi maklum balas. Pastikan komunikasi dua-hala dicapai dalam setiap perbualan.
4. ELAK KEKELIRUAN
Perbualan secara ‘virtual’ mungkin mencetuskan kekeliruan. Jadi, guna ayat yang mudah dan jelas difahami agar rakan sekerja anda tidak keliru. Sekiranya berlaku kekeliruan, segera perbetul dan terangkan semula apa yang ingin disampaikan.
5. JANGAN TERLALU SERIUS
Tidak salah untuk bergurau atau menghantar emoticon serta GIF kepada rakan sekerja anda. Ia adalah salah satu cara untuk memberi ekspresi terhadap sesuatu perbualan. Jangan biarkan perbualan bersama rakan sekerja terlalu serius.
#PesanAWANI
Infografik lima tips untuk sentiasa berhubung jika terpaksa bekerja dari rumah
Infografik lima tips untuk sentiasa berhubung jika terpaksa bekerja dari rumah
Topic Berkaitan
#Bekerja Dari Rumah
#COVID-19
#kerajaan
#komunikasi
#koronavirus
#perhubungan
#perintah kawalan pergerakan
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan