awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Populariti drama Korea pengaruhi Indonesia hasilkan soju versi halal

Agensi
Agensi
25/08/2020
09:55 MYT
Populariti drama Korea pengaruhi Indonesia hasilkan soju versi halal
Produk baharu itu menarik minat netizen dan menyifatkannya mempunyai rasa soda yang lebih ringan, selain menyegarkan. - Instagram/kulinerkabbandung
Ketika gelombang hiburan dari Korea terus mempengaruhi gaya hidup khususnya generasi muda dunia, seorang pengusaha makanan dari Bandung, Indonesia tampil dengan idea menarik dalam mempelbagaikan produknya.
Bercerita kepada portal berita Kompas.com, Sovi memberitahu, dia menghasilkan minuman tradisional, soju, yang diolah ramuan dan cara penyediaannya menjadi versi halal.
“Minuman Mojiso ini tidak seperti soju di Korea. Bahannya 100 peratus berbeza. Kerana itulah ia halal,” ujarnya.
Soju tulen adalah minuman keras yang mengandungi 17 hingga 20 peratus alkohol. Ia boleh dibuat menggunakan nasi, gandum atau kentang.
Jelas pengusahanya yang bernama Sovi, idea untuk membuat minuman tersebut hadir selepas dia menonton drama bersiri Korea, yang mendorongnya untuk mencuba makanan dan minuman negara tersebut.
View this post on Instagram
A post shared by Warung Mini Ummik Project (@warungminiummik) on
Aug 22, 2020 at 6:52pm PDT
“Saya telah mencuba banyak makanan Korea yang halal, namun masih belum mencuba minumannya,” katanya.
Selepas mempelajari resepi mojito daripada rakan yang mengusahakan kafe, Sovi kemudian mencuba resepi soju.
Dia telah menghasilkan beberapa perisa termasuk yogurt, laici, teh hijau dan strawberi.
Berpuas hati dengan hasil produknya, Sovi mula memasarkan minumannya dengan rakannya Rinda, yang memiliki kedai makanan dalam talian Warung Mini Ummik Project.
Versi bebas alkohol berjenama Mojiso itu dilabelkan sebagai minuman 'sparkling' Korea dijual dalam botol hijau.
Sebotol dengan kandungan 360 mililiter dijual pada harga 45,000 Rupiah (RM12.80) dan sedia untuk dihantar kepada pelanggan di seluruh Pulau Jawa.
Produk baharu itu menarik minat netizen dan menyifatkannya mempunyai rasa soda yang lebih ringan, selain menyegarkan.
Topic Berkaitan
#Halal
#Indonesia
#K-Drama
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan