awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang antara tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara - Lonely Planet

Bernama
Bernama
07/01/2025
21:00 MYT
Pulau Pinang antara tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara - Lonely Planet
Lonely Planet menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah satu daripada tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Portal pelancongan terkenal dunia, Lonely Planet, menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah satu daripada tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara.
Menerusi laman webnya 2 Jan lepas, Lonely Planet menggambarkan Pulau Pinang sebagai gabungan budaya berwarna-warni dengan pengaruh Melayu, Cina dan India yang terserlah dalam makanan, seni bina dan tradisi.
"Ibu negeri pulau tropika itu, George Town berjaya mengubah warisannya menjadi sesuatu yang dapat menarik pelancong namun tetap mengekalkan keasliannya. Di satu bandar, anda boleh melawat rumah warisan Cina, masjid, kuil Hindu, dan bangunan kolonial British.
"Di luar George Town, Taman Negara Pulau Pinang menawarkan pantai yang indah dan laluan mendaki melalui hutan," menurut laman web tersebut.
Selain Pulau Pinang, Lonely Planet turut menamakan Taman Negara Khao Sok, Thailand di tempat pertama selain Cao Bang, Vietnam; Siargao, Filipina; Luang Prabang, Laos; Amed dan Bali serta Gili Air di Indonesia dalam senarai itu.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai mengucapkan tahniah kepada Pulai Pinang atas pencapaian tersebut.
"Tahniah kepada Pulau Pinang kerana telah disenaraikan sebagai satu daripada tujuh tempat terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara oleh Lonely Planet," katanya.
Pada 25 Julai lepas, Lonely Planet turut menamakan Pulau Pinang sebagai dua tempat terbaik di Asia Tenggara untuk pengembara solo, dengan menyatakan makanan jalanan yang beraneka dan budaya tempatan yang kreatif sebagai daya tarikan utama pulau itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#Lonely Planet
#tujuh tempat terbaik untuk dilawati
#Asia Tenggara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan