awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulihkan penyakit menerusi kaedah hidroterapi

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2013
08:37 MYT
Pulihkan penyakit menerusi kaedah hidroterapi
Secara umumnya, rawatan hidroterapi diketahui adalah salah satu rawatan alternatif yang banyak ditawarkan di pusat kecantikan seperti Spa.
Namun ramai tidak mengetahui, kaedah terapi air ini juga mampu memulihkan sakit urat saraf dan membebaskan badan daripada bahan tercemar atau toksin.
Wartawan Astro Awani, Khairunnisa Kasnoon menyingkap rawatan tradisi yang diberi nafas baru ini.
Pakar perunding pemulihan perubatan Sime Darby Healthcare, Datin Paduka Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir mengakui kaedah hidroterapi amat berkesan bagi merawat sakit tulang belakang, artheritis, serta masalah neurologi.
Perbezaannya, kerana ciri-ciri tersendiri bila dalam air daya apungan kebanyakan pesakit kurang rasa sakit membolehkan rawatan dilakukan dengan lebih berkesan lagi.
Mengakui keberkesanan kaedah hidroterapi ini ialah pesakit yang pernah terseliuh tulang belakangnya sejak 3 tahun lalu.
Menurut Wan Hilmi Wan Aziz, 33 tahun, meskipun baru sebulan menjalani rawatan, perubahan yang dirasainya amat memberangsangkan.
Hakikatnya penggunaan rawatan hidroterapi di pusat perubatan kini boleh dikatakan berada di tahap membanggakan bagaimanapun pendedahan kepada umum masih dilihat kurang.
Meskipun efektif, pesakit diingatkan supaya mendapatkan khidmat pakar sebelum menjalani rawatan ini.
Topic Berkaitan
#Hidroterapi
#neurologi
#toksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan