awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasa sakit sendi, lutut berbunyi atau bengkak? Ini pencegahan awal yang boleh anda ambil!

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2021
12:56 MYT
Rasa sakit sendi, lutut berbunyi atau bengkak? Ini pencegahan awal yang boleh anda ambil!
Menurut laporan, penyakit Osteoarthritis sering dihadapi oleh golongan lelaki sebelum usia 45 tahun dan wanita selepas usia 45 tahun. - Gambar fail
PERNAHKAH anda mengalami sakit sendi, kekejangan sendi-sendi, bengkak, kehilangan fungsi, perubahan kepada rupa sendi, kekuatan sendi berkurangan, lutut berbunyi atau sakit apabila sekeliling sendi ditekan?
Itu bermakna, anda sebenarnya menghidapi penyakit Osteoarthritis iaitu sejenis penyakit sendi yang kerap dihidapi dan merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam kekurangupayaan global.
Menurut laporan, penyakit ini sering dihadapi oleh golongan lelaki sebelum usia 45 tahun dan wanita selepas usia 45 tahun.
Ramai yang mungkin menganggap rasa sakit tersebut datang apabila kita melakukan terlalu banyak kerja atau selepas seharian melakukan aktiviti lasak dan sebagainya.
Namun, realitinya adalah anda perlu mengambil pencegahan awal walaupun tiada penawar bagi penyakit ini.
Meskipun kita dapat memperhatikan tahap rawatan telah dipertingkatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan manfaat telah diperolehi apabila memulakan rawatan di peringkat awal.
Menurut Ketua Pegawai Operasi HOE Pharmaceuticals (anak syarikat Taisho Pharmaceutical Group, Tomoyuki Katsuta), antara rawatan yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan LOCOA (Esflurbiprofen), patch transdermal.
Ia dihasilkan bagi membantu pesakit osteoarthritis meredakan kesakitan yang menjejaskan pergerakan dan aktiviti harian.
“LOCOA yang dihasilkan di Jepun telah diluluskan sejak 2016 bertujuan memberi pelbagai pilihan kepada pesakit osteoarthritis dalam mengurangkan kesakitan secara lebih efektif.
“Kini, pesakit osteoarthritis boleh memilih LOCOA dalam membantu meredakan kesakitan selain daripada berehat, meregangkan badan, mengurangkan berat badan, terapi fizikal, terapi carakerja atau menggunakan alat sokongan mekanikal seperti pendakap lutut.
“LOCOA juga terbukti selamat berdasarkan kajian keselamatan rawatan jangka panjang yang dijalankan selama 52 minggu dan mempunyai Kesan Sampingan (ADR) yang minima.
“Pengguna LOCOA® hanya memerlukan satu patch harian kerana kesannya yang kekal sepanjang 24 jam,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika pelancaran LOCOA yang diadakan pada 12 Oktober lalu yang juga merupakan bersempena dengan Hari Arthritis Sedunia 2021.
Topic Berkaitan
#sakit sendi
#osteoarthritis
#warga emas
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan