awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Realitinya atap nipah mampu bertahan lama, jadi sumber pendapatan

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2020
04:26 MYT
Realitinya atap nipah mampu bertahan lama, jadi sumber pendapatan
Abdul Malek Puteh, 60, yang telah mengusahakan perniagaan atap nipah sejak 30 tahun lalu. - Foto Astro AWANI/HAKIM RAHMAN
Penggunaan nipah sebagai atap mungkin tidak lagi popular atau dianggap ketinggalan zaman oleh sesetengah pihak.
Realitinya ia mempunyai keunikan yang tersendiri serta bernilai tinggi dan jika kaedah pemilihan daun dan cara memasangnya, atap nipah boleh bertahan sehingga 10 tahun.
Menurut Abdul Malek Puteh, 60, yang telah mengusahakan perniagaan atap nipah sejak 30 tahun lalu, permintaan terhadap atap nipah sentiasa ada walaupun ada naik dan turunnya.
"Pada tahun 2000 dahulu, harganya baru RM0.25 sen sekeping tetapi sekarang saya boleh jual pada harga RM1.00 sekeping," katanya yang ditemui di kediamannya di Kampung Kuantan, di sini.
Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Itam menjelaskan, walaupun perusahaannya dilakukan di kampung, namun penggunakan kaedah pemasaran atas talian bagi mewar-warkan produknya.
Sementara itu Jamalluddin Zakaria, 54, yang berkerja untuk Pak Itam memberitahu bahawa pemilihan dan cara mengikat daun nipah memainkan peranan penting dalam memastikan ia mampu bertahan lama.
 Abdul Malek Puteh, 60, yang telah mengusahakan perniagaan atap nipah sejak 30 tahun lalu,
Menurut Jamalluddin Zakaria, daun nipah yang sudah siap diikat perlu dijemur tujuh hari sebelum ia boleh digunakan.
Ikuti kisah Pak Itam dan Jamalluddin yang ditemui oleh Hakim Rahman dan Nailah Huda dalam segmen Poskod@Awani yang merupakan program sempena Tahun Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.
Topic Berkaitan
#atap nipah
#banci
#Kampung Kuantan
#Kuala Selangor
#Malaysia
#pemilihan
#poskod awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan