awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seni 'truck art' Pakistan bakal hiasi awan biru

Reuters
Reuters
03/01/2021
04:18 MYT
Seni 'truck art' Pakistan bakal hiasi awan biru
Menurut Imran Aslam Khan, 'truck art' adalah seni tradisi yang terkenal dan beliau mahu kewujudannya semakin diakui apabila 'memindahkan' kecantikannya ke badan pesawat ringan Cessna. - Reuters
SENI lukisan bebas dan berwarna-warni truck art yang terkenal di Pakistan kini akan mewarnai pesawat Cessna.
Truck art merupakan gaya lukisan yang dibuat pada kenderaan, kebiasaannya lori, dengan motif yang rumit dan meriah, dipopularkan sebagai satu tradisi di negara Asia Selatan itu.
Popularitinya menjadi ilham untuk penganjuran pameran galeri di luar negara sekain mendorong penjualan miniatur yang diinspirasikan daripada seni berkenaan.
Dari seni yang dilihat di jalan raya, ia kini bakal disaksikan di ruang angkasa!
Truck art merupakan lukisan pada kenderaan, kebiasaannya lori, dengan motif yang rumit dan flamboyan, yang dipopularkan sebagai satu seni tradisi Pakistan.
Truck art merupakan lukisan pada kenderaan, kebiasaannya lori, dengan motif yang rumit dan flamboyan, yang dipopularkan sebagai satu seni tradisi Pakistan. - Reuters
"Kami ingin menunjukkan kepada dunia bahawa Pakistan bukan hanya tentang isu keganasan, sebaliknya sebuah negara yang penuh dengan kepelbagaian dan peluang,” kata Imran Aslam Khan, ketua pegawai operasi Sky Wings, sebuah organisasi latihan penerbangan, kepada Reuters.
Imran juga merancang untuk mencorakkan pesawat lain dengan sentuhan seni yang sama, dengan tujuan untuk mempromosikan pelancongan di Pakistan.
Seni tersebut merupakan salah satu eksport budaya Pakistan yang terkenal sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
UNESCO misalnya, telah menggunakan seni berkenaan yang digabungkan dengan tema orang pribumi, untuk mempromosikan kepentingan pendidikan kanak-kanak perempuan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Seni ini menjadi ilham pameran galeri di luar negara dan mendorong penjualan miniatur yang diinspirasikan daripada seni berkenaan. - Reuters
Seni ini menjadi ilham pameran galeri di luar negara dan mendorong penjualan miniatur yang diinspirasikan daripada seni berkenaan. - Reuters
“Dunia sudah biasa melihat seni ini, dan kini ia akan terbang di udara. Kami sangat teruja," kata Haider Ali, artis yang bertanggungjawab melukis pesawat itu, kepada Reuters.
Dilatih oleh bapanya, Haider, 40, mula melukis sejak kecil dan kini menjadi salah seorang pelukis terkenal di Pakistan.
Haider menyimpan impian untuk melukis pada pesawat Airbus atau Boeing pada masa depan, dan menyifatkan perkara itu pengalaman paling besar dalam hidupnya, jika menjadi kenyataan.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Topic Berkaitan
#Pakistan
#truck art
#pelancongan
#pendidikan
#Unesco
#lukisan
#Seni
#shm
#weekender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan