awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambun, bukan sekadar Lost World

Astro Awani
Astro Awani
18/11/2022
04:39 MYT
Tambun, bukan sekadar Lost World
Tambun merupakan pekan kecil yang punya sejarah tersendiri. - Astro AWANI
SEBUT sahaja nama Tambun, Ipoh, perkara pertama yang tergambar di fikiran pastinya taman tema, Lost World of Tambun.
Menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), nama pekan itu menjadi sebutan, gara-gara calon perdana menteri dari Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpindah dari kerusi selamatnya di Port Dickson, untuk memberi tentangan kepada penyandang kerusi, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu.
Tetapi, sebelum itu, kenal dahulu kawasan ini... Tambun bukan sekadar Lost World.
Tambun, Ipoh
Tambun, Ipoh
Tambun adalah kawasan bekas lombong bijih timah yang dikelilingi hutan dan bonjolan batu kapur berusia ratusan juta tahun, terletak kira-kira empat kilometer dari pusat bandar raya Ipoh.
Sejarah permulaan Tambun berkait rapat dengan industri perlombongan bijih timah pada satu ketika dahulu, selain penanaman kopi yang banyak dijalankan di sekitar daerah Kinta.
Perang bendera di pekan Tambun.
Perang bendera di pekan Tambun.
Tambun dikatakan dibuka pada tahun 1885 oleh Tok Panjang Osman atau lebih dikenali dengan nama Tok Norman. Sultan Perak pada ketika itu telah mengurniakannya sebidang tanah untuk mengusahakan aktiviti perlombongan bijih timah di Ulu Kinta.
Perkataan dan sebutan nama Tambun dikatakan berasal daripada panggilan Orang Asli yang tinggal di kawasan setempat yang merujuknya sebagai kawasan longgokan bijih timah.
Ada juga yang mengatakan Tambun bermaksud 'saudagar kelian'.
Limau Bali Tambun
Limau Bali Tambun
Tambun amat terkenal dengan Limau Bali Tambun. Limau Bali Tambun ini mula ditanam di sini sekitar tahun 1880. Benih limau ini dibawa dari Kuala Kangsar. Limau ini juga boleh menggantikan buah limau Mandarin untuk perayaan Tahun Baru Cina.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) ini, Parlimen Tambun menyaksikan pertembungan empat penjuru. Penyandang. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Bersatu) akan dicabar Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pakatan Harapan), Datuk Aminuddin Md Hanafiah (Barisan Nasional), dan Abdul Rahim Tahir (Pejuang).
Tambun mempunyai pengundi yang terdiri daripada 67 peratus pengundi Melayu, 20 peratus Cina, dan 11 peratus India.
Berdasarkan statistik terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 160,645 pengundi berdaftar kali ini, di mana 79,586 daripada mereka adalah lelaki, dan 81,059 adalah perempuan.
Topic Berkaitan
#Tambun
#Lost World Of Tambun
#PRU15
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan