awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMT 2013: Dewan Perniagaan Cina tonjol budaya peranakan

Bernama
Bernama
02/01/2013
07:46 MYT
TMT 2013: Dewan Perniagaan Cina tonjol budaya peranakan
Sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (TCCCI) akan memperkenalkan tempat menarik, makanan tradisional dan budaya peranakan Cina kepada pelancong.
Pengerusi TCCCI, Datuk Low Kian Chuan berkata antara tempat yang akan ditonjolkan ialah kawasan Kampung Cina di bandar raya ini serta Kampung Tiruk iaitu perkampungan yang didiami masyarakat Cina sejak sekian lama.
"Kampung Tiruk didiami orang Cina, tetapi mengamalkan cara hidup seperti orang Melayu di mana ada antara mereka boleh membaca dan menulis tulisan jawi," katanya kepada sidang media mengenai perasmian 'TCCCI Tourism Resorurce Development Fund' sempena TMT 2013.
Beliau berkata antara makanan masyarakat Cina Terengganu yang akan diperkenalkan ialah roti paung dan pulut lepa.
Pada masa yang sama, Low berharap kerajaan menyediakan penerbangan terus Singapura-Terengganu bagi menarik pelancong dari negara tersebut.
Topic Berkaitan
#Dewan Perniagaan Cina
#pelancongan
#Tahun Melawat Terengganu 2013
#TMT 2013
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan