awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WhatsApp hapuskan yuran langganan AS$0.99

Syafique Shuib
Syafique Shuib
18/01/2016
14:48 MYT
WhatsApp hapuskan yuran langganan AS$0.99
Dengan tiada yuran langganan, WhatsApp juga tidak akan siarkan iklan. - Gambar fail
PERKHIDMATAN pesanan ringkas, WhatsApp akan menghapuskan yuran langganan berjumlah AS$0.99 (RM4.35) setahun.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di blog mereka, pendekatan mengenakan caj pengguna tidak berjalan seperti yang dirancang kerana sesetengah pengguna tidak mempunyai kad kredit atau kad debit.
“Mereka (pengguna) risau akan hilang komunikasi bersama keluarga dan teman-teman mereka setelah tempoh percuma selama setahun.
BACA: 10 fakta yang anda perlu tahu tentang WhatsApp
“Dalam beberapa minggu ini, kami tidak akan mengenakan yuran langganan untuk beberapa versi dan WhatsApp tidak akan caj anda untuk menggunakan perkhidmatan kami,” kata kenyataan itu.
Tanpa yuran langganan, WhatsApp turut berkata ia tidak akan siarkan iklan daripada pihak ketiga.
“Bermula tahun ini, kami akan menguji satu sisten yang membolehkan anda untuk menggunakan WhatsApp untuk berkomunikasi dengan perniagaan dan syarikat-syarikat yang anda mahu berkomunikasi dengan.
“Ini bermakna anda boleh berkomunikasi dengan pihak bank atau syarikat penerbangan secara langsung,” tambah kenyataan itu.
Setakat ini, WhatsApp mempunyai 900 juta pengguna dan dimiliki oleh Facebook.
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#yuran langganan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan