CelcomDigi lantik Albern Murty sebagai CEO
CelcomDigi Bhd secara rasmi melantik Albern Murty sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini, susulan proses pencarian kepimpinan menyeluruh bagi menerajui syarikat dalam fasa pertumbuhan dan strategi seterusnya.
