Diskaun tol Tahun Baharu Cina akan diumum dalam masa terdekat - Fahmi
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata Kementerian Kerja Raya akan mengumumkan dalam masa terdekat keputusan Jemaah Menteri berhubung pemberian diskaun tol sempena cuti Tahun Baharu Cina.
Inisiatif itu bertujuan meringankan kos perjalanan rakyat selain membantu perancangan tarikh dan waktu terbaik untuk pulang ke kampung halaman.
