Fadhlina nafi program KPM di gereja, minta penyebar fitnah tampil mohon maaf
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menggesa pihak yang menyebarkan kenyataan fitnah mendakwa Kementerian Pendidikan (KPM) mengadakan program di sebuah gereja supaya tampil membuat permohonan maaf.
Beliau menegaskan dakwaan berkenaan tidak benar kerana sesi libat urus itu sebenarnya diadakan di dewan sebuah sekolah antarabangsa.
