LRT laluan Kelana Jaya beroperasi sepenuhnya esok
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya akan kembali dibuka sepenuhnya kepada pengguna mulai esok, Isnin, 14 November bermula jam 6.00 pagi.
Pengoperasian semula ini juga adalah 2 hari lebih awal daripada yang dijadualkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong pada Ahad.
