MAG lanjutkan gantung laluan Doha hingga 20 Mac
Malaysia Airlines melanjutkan penggantungan sementara perkhidmatan laluan Doha sehingga 20 Mac 2026 berikutan perkembangan keselamatan di negara berkenaan, dengan syarikat terus memantau situasi melalui penilaian risiko dan Notis kepada Juruterbang (NOTAM) sebelum menyambung operasi.
