Malaysia sertai deklarasi Brussels, usaha membela nasib Palestin
Malaysia menyertai ahli-ahli Parlimen antarabangsa dan pelbagai pihak berkepentingan dalam menandatangani Deklarasi Brussels pada Kongres Parlimen Global Sumud, sebagai usaha kolektif memperkukuh pematuhan undang-undang antarabangsa berkaitan isu Palestin dan Lubnan. Deklarasi itu menekankan keperluan tindakan nyata bagi melindungi penduduk terjejas, menegakkan hak asasi, serta menuntut kebertanggungjawaban melalui mekanisme antarabangsa.
