Mangsa banjir di Sabah meningkat
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah maklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 300 orang daripada 93 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 270 daripada 82 keluarga keluarga semalam.
