Rundingan Iran-AS masuk fasa pakar, fokus aset beku dan isu nuklear
Rundingan Iran dan Amerika Syarikat di Islamabad kini memasuki peringkat teknikal dengan penglibatan jawatankuasa pakar melibatkan ekonomi, tentera, perundangan dan nuklear. Fokus utama termasuk pelepasan aset Iran yang dibekukan serta perkembangan situasi di Lubnan, di tengah gencatan senjata dua minggu yang rapuh.
