Seorang maut akibat dihempap alang kayu di tokong
Sebuah keluarga berdepan detik tragis apabila seorang anak perempuan maut selepas dihempap alang kayu ketika kunjungan ke sebuah tokong di Tanjong Sepat pada Rabu. Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut.
