Suspek gangguan seksual tren ditahan kurang 24 jam
Rapid Rail mengesahkan seorang suspek gangguan seksual berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam oleh Polis Bantuan Prasarana selepas laporan diterima, dengan siasatan awal mendapati suspek turut dipercayai terlibat dalam satu lagi kes di stesen berbeza.
