Taska Hospital Seberang Jaya diarah tutup sementara, serta-merta
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengeluarkan Perintah Penutupan Sementara terhadap TASKA Pintar Hospital Seberang Jaya berkuat kuasa serta-merta susulan kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang ditempatkan di pusat jagaan kanak-kanak itu, pada Isnin lalu.
