UM siasat isu teater tidak sopan
Universiti Malaya memandang serius isu video tular memaparkan adegan teater yang tidak sopan dalam satu persembahan dipercayai melibatkan pertandingan Karnival Teater anjurannya. UM menjelaskan adegan berkenaan tidak selaras dengan skrip asal yang telah ditapis, melanggar syarat pertandingan dan tindakan susulan sedang diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
