awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Saya akan beri sepenuh kerjasama kepada PAC - Lodin

Astro Awani
Astro Awani
12/05/2015
14:53 MYT
1MDB: Saya akan beri sepenuh kerjasama kepada PAC - Lodin
LODIN: 1MDB: Saya akan beri sepenuh kerjasama kepada PAC - Gambar fail
Syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan memberi sepenuh kerjasama kepada prosiding siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang akan bermula 19 Mei ini.
Pengerusinya Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin bagaimanapun berkata, sehingga kini, pihaknya masih belum menerima sebarang makluman untuk menghadiri prosiding siasatan berkenaan.
"Saya akan hadir jika dijemput untuk memberi keterangan. Saya juga masih belum memeriksa mengenai hal ini," katanya selepas merasmikan pusat beli belah Boustead's MyTown di sini hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya akan memulakan prosiding siasatan 1MDB pada 19 Mei ini dengan memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah.
BACA: PAC akan mulakan siasatan terhadap 1MDB pada 19 Mei ini
BACA: PAC perlu libat wakil antarabangsa dalam siasatan 1MDB - Ramon
BACA: Percepat keputusan siasatan 1MDB untuk pulih kepercayaan rakyat - Mas Ermieyati
Katanya, pada minggu berikutnya, 26 Mei 2015 pula akan memanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB ketika ini, Arul Kanda Kandasamy serta Mantan CEO 1MDB pertama, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi yang berkhidmat daripada tahun Mac 2009 hingga Mac 2013.
Bagaimanapun, Pengerusi Pusat untuk Kajian Dasar Awam Institut Kajian Strategi & Kepimpinan (ASLI), Tan Sri Dr Ramon Navaratnam menasihatkan PAC untuk menggunakan pakar antarabangsa sebagai rujukan dalam prosiding siasatan 1MDB.
Jelas Dr Ramin, ia sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap isu yang melibatkan sensitiviti rakyat akhir-akhir ini.
Topic Berkaitan
#1MDB
#asli
#EPU
#MOF
#PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan