awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia ke Istanbul tahun hadapan

Bernama
Bernama
16/09/2016
00:08 MYT
AirAsia ke Istanbul tahun hadapan
AirAsia Bhd akan mengadakan penerbangan ke Istanbul, Turki, dari Kuala Lumpur, tahun hadapan melalui anak syarikat perjalanan jarak jauh, AirAsia X Bhd. - Foto fail
AirAsia Bhd akan mengadakan penerbangan ke Istanbul, Turki, dari Kuala Lumpur, tahun hadapan melalui anak syarikat perjalanan jarak jauh, AirAsia X Bhd.
"Kami akan ke Istanbul pada 2017. Itu adalah satu daripada tarikan utama," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Dr Tony Fernandes dalam catatan terbaru Facebook beliau pada Khamis.
Semalam syarikat penerbangan tersebut mengumumkan pesawat A320Neo pertamanya yang ditempah di Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough baru-baru ini.
Pada Julai, AirAsia menandatangani pesanan muktamad dengan Airbus bagi pembelian 100 pesawat A321neo, menjadikan jumlah pesanan untuk kumpulan pesawat A320 kepada 575 pesawat.
Fernandes berkata AirAsia X juga akan mengadakan semula penerbangannya ke London pada 2018. "Kami tidak akan ke Lapangan Terbang Heathrow. Kami akan ke Gatwick pada penghujung 2018," kata Fernandes.
Syarikat penerbangan itu memberhentikan semua penerbangan ke Eropah, termasuk London dan Paris, pada Mac 2012, susulan kos operasi yang tinggi.
Laluan Kuala Lumpur dan London telah dilancarkan oleh AirAsia X pada Mac 2009. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#a320neo
#AirAsia
#Airasia X
#penerbangan tambang rendah
#terbang ke Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan