awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia X sedia jadikan Osaka sebagai hab untuk penerbangan ke AS

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
29/06/2017
00:23 MYT
AirAsia X sedia jadikan Osaka sebagai hab untuk penerbangan ke AS
Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX) sedia dijadikan hab bagi AirAsia X untuk penerbangan ke Amerika Syarikat. - Foto: Astro AWANI / Malik Ridhwan
Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia X sedia jadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX) di sini sebagai habnya untuk penerbangan ke Amerika Syarikat (AS) berikutan kejayaan laluan pertamanya ke AS, Honolulu, Hawaii.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Benyamin Ismail berkata, tempahan sehingga Oktober tahun ini menunjukkan faktor muatan 86 peratus, melebihi jangkaannya dan menekankan adalah penting untuk kekal konsisten sehingga Oktober tahun depan.
“Ini baru permulaan. Jika permintaan ke Honolulu amat tinggi, kami akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan lebih banyak lalaun, khususnya ke pantai barat AS termasuk Los Angeles dan San Francisco.
“Matlamat utamanya adalah untuk menjadikan Kansai sebagai hab antarabangsa kami ke AS,” katanya kepada media tempatan dan antarabangsa ketika dalam transit di majlis sambutan penerbangan pertama D7 001 Osaka – Honolulu di KIX pada Rabu.
Tambah Benyamin, ketika AirAsia X akhirnya menapak kaki di AS, langkah seterusnya untuk memperkenalkan lebih banyak laln ke AS hanya melibatkan proses rasmi termasuk mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Pengangkutan Udara Persekutuan (FAA).
Turut hadir di majlis berkenaan di sini, Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz.
Penerbangan D7 001 pada Rabu membawa penumpang, media Malaysia dan pihak pengurusan AirAsia X transit di KIX dari Kuala Lumpur dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K. Inouye, Honolulu lapan jam kemudian.
AirAsia X terbang empat kali seminggu dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, Jepun.
Topic Berkaitan
#Airasia X
#Amerika Syarikat
#Jepun
#osaka
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan