awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus beri impak positif berikutan permintaan luar semakin baik

Bernama
Bernama
11/06/2024
12:27 MYT
Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus beri impak positif berikutan permintaan luar semakin baik
Menurut HLIB Research, IPP pembuatan global meningkat kepada 50.9 pada Mei daripada 50.3 pada April. - Gambar hiasan/Dagang News
KUALA LUMPUR: Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus memberikan impak positif berikutan permintaan luar yang semakin baik, sejajar dengan situasi global, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) Research.
Dalam nota penyelidikan hari ini, HLIB Research berkata ini selaras dengan kadar penggunaan kapasiti pembuatan Malaysia yang terus meningkat, yang naik kepada 80.8 peratus pada suku pertama 2024 berbanding 79.9 peratus pada suku keempat 2023.
"Oleh itu, kami mengekalkan unjuran kami untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 kepada 4.8 peratus tahun ke tahun (2023: 3.6 peratus tahun ke tahun)," katanya.
Menurut HLIB Research, Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan global meningkat kepada 50.9 pada Mei daripada 50.3 pada April berikutan pertambahan pesanan baharu, kerja-kerja tertunggak yang selesai dan jumlah perdagangan antarabangsa yang meningkat.
Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) berkata Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia terus meningkat sebanyak 6.1 peratus tahun ke tahun pada April 2024, didorong oleh pertumbuhan output sektor pembuatan yang lebih tinggi.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan IPP semakin pesat pada April selepas mencatat 2.4 peratus pada bulan sebelumnya, mengekalkan momentum positif selama empat bulan berturut-turut.
IPP April juga menandakan pertumbuhan tertinggi yang dicatatkan sejak September 2022, disokong oleh pengembangan merentasi semua sektor pada bulan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DoSM
#sektor pembuatan
#momentum positif
#permintaan luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan