awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN kembali jadi rakan dagang terbesar China

Bernama
Bernama
14/04/2022
08:22 MYT
ASEAN kembali jadi rakan dagang terbesar China
Penguatkuasaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) meningkatkan lagi hubungan perdagangan China-ASEAN.
BEIJING: ASEAN kembali menjadi rakan dagang terbesar China apabila jumlah import dan eksport kedua-dua pihak direkod sebanyak RMB1.35 trilion (RM890 bilion) pada suku pertama 2022.
Menurut data terkini Jabatan Pentadbiran Am Kastam (GACC), angka itu menokok 8.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, selain turut menyumbang 14.4 peratus kepada keseluruhan dagangan luar China.
Jurucakapnya, Li Kuiwen pada Rabu menyatakan, penguatkuasaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) meningkatkan lagi hubungan perdagangan China-ASEAN.
Jelasnya, ia sekali gus menyaksikan jumlah import dan eksport kedua-dua pihak menyumbang sebanyak 47.2 peratus daripada skala dagangan luar China dengan rakan dagang RCEP pada suku tahun pertama.
Sementara itu, faktor kesalinghubungan juga menjadi dorongan kuat terhadap perdagangan China-ASEAN.
Dalam tempoh itu, laluan baharu darat dan laut yang menghubungkan bahagian barat China dan negara-negara ASEAN telah mengendalikan 170,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena menerusi perkhidmatan kereta api, bertambah sebanyak 56.5 peratus.
Pemulihan rantaian perindustrian ASEAN, peningkatan import produk pertanian dari ASEAN ke China dan pelbagai faktor lain turut memacu pertumbuhan dagangan membabitkan produk perantara kedua-dua pihak.
Pada Januari hingga Februari, Kesatuan Eropah (EU) mendahului ASEAN sebagai rakan dagang terbesar China, dengan jurang kira-kira RMB3 bilion (RM1.97 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#ASEAN
#rakan dagang
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan