awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro Malaysia Holdings Bhd catat prestasi kukuh dalam FY13

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2013
10:45 MYT
Astro Malaysia Holdings Bhd catat prestasi kukuh dalam FY13
Astro Malaysia Holdings Berhad (AMHB) mencatatkan prestasi kewangan kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2013.
Perolehan syarikat tumbuh 10 peratus kepada RM4.3 bilion dipacu peningkatan Hasil Purata Setiap Pelanggan (ARPU) yang naik lima peratus.
Selain itu hasil dari pengiklanan tv dan radio turut meningkat sembilan peratus lebih tinggi dari pertumbuhan industri itu sebanyak lima peratus.
Pada tahun kewangan sama keuntungan selepas cukai Astro mencecah RM420 juta.
Dengan hasil prestasi memberangsangkan itu Astro mengumumkan dividen empat sen sesaham.
Bayaran interim pertama 1.5 sen sesaham akan dibayar pada 11 Januari 2013 sementara interim kedua 1.5 sen sesaham akan dibayar pada 18 April 2013.
Sementara dividen terakhir satu sen sesaham akan diputuskan oleh pemegang saham.
Tawaran produk bernilai tambah terutama dalam Astro Beyond terus menjadi faktor pertumbuhan permintaan bagi perkhidmatan Astro.
Selain itu produk nilai tambah lain seperti rakaman video persendirian HD, PVR, Multiroom dan On Demand turut menjadi factor.
Bagi tahun kewangan sama Astro mencatatkan pertumbuhan pelanggan 418 ribu dengan 50 peratus adalah pelanggan Njoi.
Pertumbuhan itu menjadikan jumlah pelanggan Astro kini mencecah 3.5 juta orang dengan kadar penembusan isi rumah pada 52 peratus.
Pada Januari 2013, 1.26 juta pelanggan melanggan perkhidmatan HD berbanding 772 ribu tahun sebelumnya.
Sementara 299 ribu pengguna melanggan perkhidmatan PVR berbanding 83 ribu pada tahun kewangan 2012.
Pelaburan Astro dalam Astro Beyond Set Top Boxes (STB) dijangka bakal menyumbang positif kepada prestasi kewangan bagi tahun 2013 dan 2014.
Topic Berkaitan
#AMHB
#Astro
#Astro Beyond
#Astro Malaysia Holdings Berhad
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan