awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: Cuepacs mohon elaun COLA penjawat awam Sarawak, Sabah dinaikkan

Bernama
Bernama
24/09/2021
05:46 MYT
Bajet 2022: Cuepacs mohon elaun COLA penjawat awam Sarawak, Sabah dinaikkan
Peningkatan itu dapat memberi pendapatan tambahan buat penjawat awam di Sarawak dan Sabah sebagaimana dinikmati rakan mereka di Semenanjung sejak Januari 2020. - Gambar hiasan
KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak berharap kerajaan dapat menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 untuk penjawat awam di Sarawak serta Sabah dalam Belanjawan 2022.
Pengerusinya Omar Bahrein Unin berkata ini penting terutama dalam menangani peningkatan kos sara hidup di dua negeri tersebut.
Tambahnya, peningkatan itu dapat memberi pendapatan tambahan buat penjawat awam di Sarawak dan Sabah sebagaimana dinikmati rakan mereka di Semenanjung sejak Januari 2020.
"Walaupun penjawat awam di Sabah dan Sarawak mendapat elaun wilayah, ia adalah elaun sedia ada yang memang telah dinikmati tanpa pertambahan perbezaan RM50 sebulan sejak Januari 2020 seperti diperoleh penjawat awam di Semenanjung," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Omar berkata CUEPACS Sarawak juga memohon kerajaan menyemak semula kadar bayaran elaun wilayah bagi penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Sarawak dan Sabah.
Katanya elaun tersebut tidak pernah disemak sejak pelaksanaannya pada 1988.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kadar Bantuan Sara Hidup
#cuepacs
#bajet 2022
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan