awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2023: Kerajaan umum geran RM1,000, kadar cukai dikurangkan untuk PMKS

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2022
09:44 MYT
Bajet 2023: Kerajaan umum geran RM1,000, kadar cukai dikurangkan untuk PMKS
Bantuan itu adalah dalah bukti kerajaan responsif dalam menyokong aktiviti PMKS selain akan terus giat membantu melalui pelbagai pemberian insentif dan kemudahan pembiayaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bermula tahun taksiran 2023, kadar cukai Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) ke atas pendapatan bercukai bagi RM100,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pengurangan itu adalah bukti kerajaan responsif dalam menyokong aktiviti PMKS selain akan terus giat membantu melalui pelbagai pemberian insentif dan kemudahan pembiayaan.
"Pengurangan ini dijangka memberi penjimatan sehingga RM2,000 kepada 150,000 pembayar cukai PMKS.
"Selain itu, sebagai usaha membantu khususnya penjaja kecil berniaga, sukacita juga diumumkan, kerajaan akan memberikan geran one-off sebanyak RM1,000 kepada semua syarikat PMKS berdaftar dan pemandu teksi berdaftar.
"Dijangkakan sebanyak 1 juta perniagaan akan menerima manfaat daripada pemberian ini dengan peruntukan keseluruhan RM1 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2023 di bangunan Parlimen pada Jumaat.
Tambah beliau, SemarakNiaga 2023 juga akan ditambah baik dengan nilai keseluruhan berjumlah RM45 bilion berbanding RM40 bilion yang diumumkan pada tahun 2022.
“Nilai ini merangkumi pinjaman langsung, pembiayaan alternatif dan jaminan pembiayaan. Bagi tahun hadapan, sejumlah RM1.7 bilion daripadanya tersedia sebagai dana pinjaman mikro dan kemudahan perniagaan untuk manfaat peniaga kecil,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Bajet 2023
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#PMKS
#Geran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan