awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: Perlu agresif tingkatkan pendapatan lebih berkesan - Pakar Ekonomi

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
13/10/2023
22:50 MYT
Belanjawan 2024: Perlu agresif tingkatkan pendapatan lebih berkesan - Pakar Ekonomi
Rajah berkata, jika kerajaan tidak menambah hasilnya, sukar untuk negara mencapai sasaran 3.2 peratus defisit fiskal pada 2025. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pendekatan dasar fiskal yang dibentang dalam Belanjawan 2024 dibimbangi tidak dapat membantu kerajaan mencapai sasaran defisit fiskal 3.2 peratus menjelang 2025.
Prof Ulung Datuk Dr Rajah Rasiah berpendapat, kerajaan dilihat tiada strategi untuk menambah pendapatan secara berkesan meskipun menunjukkan hasrat untuk membantu golongan rentan dalam negara.
“Dalam hal ini, kita harus lihat sama ada kaedah sedemikian boleh digunakan. Begitu juga dengan pembayaran balik cukai yang dibayar oleh golongan B60.
"Kalau tidak berbuat demikian, subsidi yang ditambah, umpamanya RM10 bilion yang ditambah, yang pada asasnya baik, iaitu antara lain untuk membantu golongan tua, Orang Asli dan sebagainya.
"Tetapi jika kita tidak menambah hasil, maka bagaimana kita boleh mencapai sasaran 3.2 peratus (defisit fiskal) pada 2025?” katanya.
Pensyarah Universiti Malaya (UM) itu berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
Rajah sebaliknya mencadangkan agar kadar kutipan cukai dinaikkan untuk menambah pendapatan kerajaan.
Pada masa sama, bagi mengurangkan beban kepada golongan miskin, beliau berpandangan perlu diwujudkan mekanisme untuk memulangkan sumbangan cukai itu kepada kumpulan berpendapatan rendah.
“Kita boleh pastikan segala cukai yang dibayar oleh golongan B60 itu boleh dipulangkan semula kepada mereka.
"Sebenarnya, Perdana Menteri telah nyatakan, mengenai penggunaan e-invois umpamanya, atau teknologi blockchain dan sebagainya, supaya pembayaran balik dan pemindahan tunai (boleh dilaksanakan),” katanya lagi.
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#subsidi
#cukai
#pendapatan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan