awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini

Bernama
Bernama
10/02/2026
12:30 MYT
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
Suhaimi berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran serta pernah berkhidmat di Kumpulan Media Sarawak, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Awani dan Media Prima. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman mengesahkan akan meninggalkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkuat kuasa akhir bulan ini, selepas tiga tahun menerajuinya sejak Januari 2023.

Ringkasan AI
  • Datuk Suhaimi Sulaiman akan meninggalkan jawatan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia di RTM selepas tiga tahun memegang jawatan tersebut.
  • Pengunduran beliau adalah keputusan peribadi untuk melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya selepas membuat pertimbangan terperinci.
  • Suhaimi, seorang yang berpengalaman, pernah berkhidmat dalam bidang penyiaran di beberapa media utama termasuk Bernama, Astro Awani, dan Media Prima.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Mengesahkan perkara itu kepada Bernama, Suhaimi berkata pengunduran beliau daripada jabatan itu adalah keputusan peribadi selepas membuat pertimbangan terperinci terhadap hala tuju peribadi, selain mahu melangkah ke fasa baharu dalam hidup.
“Saya kini berusia 64 tahun. Sebelum ini saya sudah bersara, kemudian dipelawa untuk membantu RTM. Pada saya, perkara ini (melepaskan jawatan) sesuatu yang biasa dalam pekerjaan.
“Ini pengunduran awal, kontrak saya akan habis pada tahun depan. Pejabat Menteri Komunikasi juga sudah maklum dengan pengunduran saya ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Suhaimi berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran serta pernah berkhidmat di Kumpulan Media Sarawak, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Awani dan Media Prima.
Sebelum ini timbul khabar angin bahawa Suhaimi sudah menyerahkan surat pelepasan jawatan dan bakal menamatkan perkhidmatan pada 22 Feb ini.
Suhaimi memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada City University, Bellevue, Washington, Amerika Syarikat (AS) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Portland State University, Portland, Oregon, AS.
Mengulas berhubung pencapaian sepanjang meneraju jabatan itu, beliau menyifatkan pengalamannya bersama warga RTM itu adalah sesuatu yang sangat bermakna, malah ia adalah organisasi yang memiliki kekuatan tersendiri terutama dari segi bakat dan kepakaran.
Suhaimi berkata kemajuan dan pencapaian yang dicipta di RTM adalah hasil kerjasama warga kerja yang penuh kreatif, bersemangat dan berbakat besar.
"Pengalaman saya di RTM sangat indah. Banyak kemajuan dicapai. Saya sangat bangga dengan pasukan.
"Mereka sangat bijak dan bekerja keras. Kita tahu bagaimana cabaran ketika ini tetapi kita terus bangkit supaya tetap relevan untuk tahun mendatang," katanya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keputusan yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman? A: Datuk Suhaimi Sulaiman mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkuat kuasa akhir bulan ini.
  • Q: Apa sebab utama yang dikemukakan oleh Datuk Suhaimi Sulaiman untuk pengunduran dirinya dari RTM? A: Datuk Suhaimi Sulaiman menyatakan bahawa pengunduran dirinya adalah keputusan peribadi selepas membuat pertimbangan terperinci terhadap hala tuju peribadi serta mahu melangkah ke fasa baharu dalam hidup.
  • Q: Berapa lama Datuk Suhaimi Sulaiman telah menerajui RTM sejak dilantik pada Januari 2023? A: Datuk Suhaimi Sulaiman telah menerajui RTM selama tiga tahun sejak Januari 2023 sebelum mengumumkan pengunduran dirinya.
  • Q: Apakah pengalaman kerja terdahulu Datuk Suhaimi Sulaiman sebelum menerajui RTM? A: Datuk Suhaimi Sulaiman mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran serta pernah berkhidmat di Kumpulan Media Sarawak, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Awani dan Media Prima.

Topic Berkaitan
#khabar angin
#hala tuju peribadi
#fasa baharu
#warga kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan