awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia

Bernama
Bernama
09/01/2025
20:15 MYT
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Muhamad Umar berkata, jika ASEAN dapat mencari titik persamaan dalam pasaran modal, pelabur asing akan melihat ASEAN sebagai sebuah kumpulan dengan piawaian yang sama. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bursa ASEAN harus terus membangunkan instrumen yang memudahkan pelabur asing untuk memahami dan melabur di rantau ini walaupun terdapat keadaan pasaran berbeza di setiap negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift.
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
"Setiap negara mesti mengiktiraf perkembangan yang berbeza dan hak kedaulatan masing-masing.
"Dalam pasaran modal kami, kami mencari titik persamaan," katanya dalam sesi bertajuk "Dinamisme ASEAN: Memanfaatkan Peluang dan Mengemudi Peralihan" sempena Forum Ekonomi Malaysia 2025, di sini semalam.
Sehubungan itu, katanya jika ASEAN dapat mencapai perkara ini, pelabur asing akan melihat ASEAN sebagai sebuah kumpulan dengan piawaian yang sama.
"Kami mula memacu pasaran modal bersama melalui perbincangan yang memberi tumpuan pada piawaian, taksonomi dan bahasa.
"Hasilnya, pelabur asing melihat kami sebagai satu kumpulan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#ASEAN
#pelabur asing
#Muhamad Umar Swift
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan