awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri kecewa, berang hampir setiap minggu gangguan perkhidmatan tren
Guru rempuh pelajar hingga maut akan didakwa dalam masa terdekat
Diskaun 30 peratus tiket ETS, ERT Isnin hingga Khamis bermula 15 April – MOT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia beri lanjutan satu bulan untuk penerbitan laporan kewangan

Bernama
Bernama
21/05/2021
21:00 MYT
Bursa Malaysia beri lanjutan satu bulan untuk penerbitan laporan kewangan
Bursa Malaysia beri lanjutan satu bulan secara automatik untuk penerbitan laporan suku tahun dan tahunan untuk Pasaran Utama dan Pasaran ACE serta penyata kewangan setengah tahun dan diaudit untuk Pasaran LEAP. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd telah memberikan lanjutan satu bulan secara automatik untuk penerbitan laporan suku tahun dan tahunan untuk Pasaran Utama dan Pasaran ACE serta penyata kewangan setengah tahun dan diaudit untuk Pasaran LEAP, masing-masing pada 31 Mei, 2021 dan 30 Jun, 2021.
Pengecualian itu diberi selepas mempertimbangkan kesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) dari 12 Mei hingga 7 Jun, 2021 kepada penerbit tersenarai.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Bursa Malaysia berkata sejak Mac 2020, pihaknya telah melaksanakan pelbagai langkah bantuan untuk melonggarkan kepatuhan peraturan dan membantu penerbit yang tersenarai untuk menghadapai waktu yang mencabar ini dalam persekitaran pandemik COVID-19 serta memastikan objektif dan tujuan kerangka peraturan berkenaan tercapai.
"Walaupun diberi lanjutan selama satu bulan, penerbit tersenarai diingatkan untuk mematuhi kewajiban pendedahan di bawah Syarat Penyenaraian.
"Ini termasuk membuat pengumuman segera mengenai sebarang maklumat penting untuk memastikan pemegang saham dan pelabur dapat mengakses maklumat tepat pada masanya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#lanjutan satu bulan secara automatik
#laporan suku tahun dan tahunan
#pasaran utama
#Pasaran ACE
#Pasaran LEAP
#perintah kawalan pergerakan
#COVID-19
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan