awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia
Zara Qairina tidak sedarkan diri namun masih bernafas ketika perjalanan ke hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia tambah 10 konstituen baharu kepada indeks F4GBM, 9 kepada indeks F4GBMS

Bernama
Bernama
09/06/2022
20:15 MYT
Bursa Malaysia tambah 10 konstituen baharu kepada indeks F4GBM, 9 kepada indeks F4GBMS
Secara berasingan, sembilan tambahan baharu kepada Indeks F4GBMS akan meningkatkan bilangan konstituen indeks kepada 65.- Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd mengumumkan 10 tambahan baharu kepada konstituen Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM) dan sembilan tambahan baharu kepada konstituen Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia Shariah (F4GBMS).
Dalam kenyataan pada Khamis, pengendali bursa itu berkata, bagi tempoh semakan terkini Jun 2022, terdapat dua pembatalan daripada konstituen Indeks F4GBM, menjadikan jumlah bilangan konstituen kepada 87, meneruskan peningkatan indeks tahun ke tahun sejak dimulakan pada 2014.
"Secara berasingan, sembilan tambahan baharu kepada Indeks F4GBMS akan meningkatkan bilangan konstituen indeks kepada 65.
"Semua perubahan konstituen akan berkuat kuasa pada permulaan perniagaan pada Isnin, 20 Jun, 2022," katanya.
Senarai Indeks F4GBM dan Indeks F4GBMS yang dikemas kini akan tersedia di laman web Bursa Malaysia di https://www.bursamalaysia.com/trade/our_products_services/indices/ftse4good-bursa-malaysia-f4gbm-index, selepas 24 Jun, 2022.
Indeks F4GBM yang diilancarkan pada Disember 2014 dengan 24 konstituen mengukur prestasi syarikat senaraian awam yang mempamerkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang kukuh.
"Indeks F4GBMS yang dilancarkan pada Julai 2021 dengan 54 konstituen mengesan konstituen dalam F4GBM yang patuh syariah menurut metodologi penapisan Majlis Penasihat Syariah.
"Kedua-dua indeks disemak bagi setiap setengah tahun pada Jun dan Disember berbanding penanda aras antarabangsa," menurut Bursa Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#syariah
#Indeks F4GBM
#Indeks F4GBMS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan