awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan dasar pelaburan baharu kini di fasa akhir - Mohamed Azmin

Bernama
Bernama
18/03/2021
15:47 MYT
Cadangan dasar pelaburan baharu kini di fasa akhir - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin berkata perkara itu merupakan hasil perbincangan kementeriannya melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR: Cadangan membabitkan dasar pelaburan baharu untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi kini di fasa akhir sebelum dibentangkan di Kabinet, kata Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata perkara itu merupakan hasil perbincangan kementeriannya melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan.
"Kita berharap untuk mendapat pengesahan (sokongan) bagi cadangan itu dalam masa beberapa minggu lagi," katanya dalam sidang media pada Khamis.
Selain itu, Mohamed Azmin berkata walaupun negara berdepan pelbagai cabaran untuk menarik pelaburan asing akibat sekatan perjalanan, usaha seperti sesi libat urus secara maya masih diadakan secara berterusan.
Menurutnya, tindakan proaktif libat tersebut dengan pelbagai pihak seperti dewan perniagaan, persatuan industri dan kedutaan asing juga kerap diadakan yang turut mengetengahkan aspek bantuan dan inisiatif kerajaan selain mendapatkan maklum balas serta cabaran yang dihadapi mereka.
"Malaysia masih merupakan destinasi pilihan mereka bagi tujuan pelaburan langsung asing," katanya.
Malah, katanya, pelaburan terbaharu dari China bernilai RM5.4 bilion yang membabitkan usaha pelaburan di Bentong, Pahang serta Banting, Selangor.
Menurutnya, selain itu, Korea Selatan juga menyasarkan untuk melabur sebanyak RM2.3 bilion di Malaysia bagi pengeluaran bateri khas untuk kenderaan elektrik -- usaha pertama di luar negara tersebut.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata beliau akan melakukan misi perdagangan ke Jepun dan Korea Selatan pada akhir bulan ini.
"Kita juga mahu memaklumkan mereka bahawa kita adalah sebuah kerajaan yang mesra perniagaan, mempermudah aktiviti perniagaan serta dalam persekitaran yang kondusif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Bank Negara Malaysia
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#Kementerian Kewangan
#pelaburan
#kerajaan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan