awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Capital A, AirAsia X lanjut tempoh rundingan cadangan pengambilalihan hingga 30 April

Bernama
Bernama
09/04/2024
10:53 MYT
Capital A, AirAsia X lanjut tempoh rundingan cadangan pengambilalihan hingga 30 April
Capital A dan AirAsia X telah bersetuju melanjutkan tempoh rundingan untuk melaksanakan perjanjian muktamad sehingga akhir bulan ini.
KUALA LUMPUR: Penjualan perniagaan penerbangan AirAsia oleh Capital A Bhd kepada AirAsia X Bhd (AAX) telah dilanjutkan sehingga 30 April 2024.
Capital A melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata kumpulan itu dan AAX telah bersetuju melanjutkan tempoh rundingan untuk melaksanakan perjanjian muktamad sehingga akhir bulan ini.
Capital A merancang melupuskan keseluruhan pegangannya dalam AirAsia Bhd (AAB), anak syarikat milik penuh kumpulan itu termasuk kepentingan ekuiti 100 peratusnya dalam AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL).
AAAGL mengendalikan perkhidmatan penerbangan penumpang melalui subsidiari di Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja.
Pada 8 Jan 2024, Capital A menandatangani surat tawaran tidak terikat dengan AAX membabitkan cadangan pelupusan perniagaan penerbangannya.
Setakat 3.10 petang, saham AAX didagangkan satu sen lebih rendah pada RM1.29 dengan 766,000 saham berubah tangan. Saham Capital A tidak berubah pada 70 sen dengan volum sebanyak 4.55 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Capital A
#Airasia X
#Bursa Malaysia
#penjualan penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan