awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Citaglobal, Reneuco peroleh kontrak projek IPP ECRL

Bernama
Bernama
22/12/2022
01:55 MYT
Citaglobal, Reneuco peroleh kontrak projek IPP ECRL
ECRL sepanjang 640 kilometer menghubungkan Pantai Timur ke Lembah Klang di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. - Foto Facebook/East Coast Rail Link
KUALA LUMPUR: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah memberi surat hasrat kepada rakan usaha sama Citaglobal Bhd dan Reneuco Bhd untuk menjadi pengeluar tenaga bebas (IPP) bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Citaglobal dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu memberitahu MRL berhasrat untuk melibatkan usaha sama 50:50 itu ke arah merancang, mereka bentuk, membiayai, membangun, membina, memasang, menyelesaikan, mentauliahkan dan mengendalikan Projek IPP ECRL.
MRL merupakan entiti Kementerian Kewangan dalam melaksanakan ECRL. Ia adalah pemilik projek ECRL, katannya lagi.
MRL, dalam membangunkan ECRL, akan mengendalikannya sebagai usaha sama 50:50 dengan China Communications Construction Company. Kementerian Pengangkutan, melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), akan mengawal selia projek itu.
Penganugerahan akan tertakluk kepada pelaksanaan perjanjian kontrak rasmi yang akan dimeterai antara Citaglobal dan Reneuco dengan MRL dalam masa terdekat, kata Citaglobal dalam satu kenyataan berasingan.
Pengerusi Eksekutif dan Presiden serta pemegang saham utama, Citaglobal, Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria dalam satu kenyataan berkata kontrak itu dimenangi menerusi kaedah pembidaan yang kompetitif.
"Citaglobal pasti akan memainkan peranannya dalam melaksanakan dan merealisasikan projek IPP ECRL bersama rakan kongsi kami, Reneuco.
"Memenangi kontrak ini adalah sejajar dengan fokus serta visi perniagaan Citaglobal iaitu menjadi pemain utama dalam segmen tenaga boleh diperbaharui, dan pada masa yang sama membina asas pendapatan berulang bagi syarikat," katanya.
ECRL sepanjang 640 kilometer menghubungkan Pantai Timur ke Lembah Klang di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
"ECRL menghubungkan ibu negeri, pusat bandar utama, hab perindustrian, pelabuhan, lapangan terbang serta zon pelancongan dan ia boleh bertukar dengan landasan kereta api sedia ada di Semenanjung Malaysia," kata kenyataan itu lagi
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IPP
#ECRL
#Malaysia Rail Link
#Citaglobal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan