awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Contohi Korea Selatan, Singapura dalam pembinaan rumah mampu milik - BNM

Bernama
Bernama
24/03/2016
23:29 MYT
Contohi Korea Selatan, Singapura dalam pembinaan rumah mampu milik - BNM
Di Korea Selatan dan Singapura, sektor awam dan swasta bekerjasama dalam menyediakan rumah mampu milik. - Gambar fail
Malaysia boleh mencontohi negara lain seperti Korea Selatan dan Singapura dalam membina lebih banyak rumah mampu milik untuk kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Sukhdave Singh.
Beliau berkata di negara tersebut, sektor awam dan swasta bekerjasama dalam menyediakan rumah mampu milik.
"Komuniti perumahan perlu menyesuaikan dengan aliran dan kerajaan ternyata memainkan peranan dalam usaha untuk mewujudkan penawaran," katanya kepada pemberita pada persidangan anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di sini pada Khamis.
Beliau berkata terdapat ketidaksepadanan dalam penawaran perumahan berikutan kebanyakan rumah yang memasuki pasaran adalah rumah mewah.
Bagaimanapun, katanya terdapat banyak permintaan untuk rumah mampu milik.
BNM, dalam Laporan Tahunan 2015 yang dikeluarkan semalam menganggarkan sebanyak 202,571 rumah baharu diperlukan setiap tahun dari 2016 hingga 2020, iaitu kira-kira 2.5 kali bilangan rumah yang dibina setiap tahun dalam tempoh lima tahun lepas.
Ia turut mencadangkan banyak pemaju perumahan mampu milik di negara ini perlu disatukan dan kerajaan juga perlu melihat kepada pasaran sewa kediaman.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#Dr Sukhdave Singh
#rumah mampu milik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan